Kesibukan blog X-manster

on Sunday, April 26, 2009

Assalamualaikum semua..
Aku takde mende nak tulis tapi nak cerita statistik blog ni ..
Kalau korang ada blog boleh bagi url dia. Sebab aku rancang nak buat satu blog khas untuk blogger dari UiTM.. Aku tengah pikir nak pakai aggregator apa ni.. Nanti kita tengok camne..












Pengunjung ada 700 lebih...

Ini statistik pengunjung blog ini untuk tempoh 26hb Mac hingga 26 April 09..


Ini pula stat dari alexa.. Menunjukkan bahawa blog ini yang ke 15 juta lebih website sibuk di dunia. Jadi aku harapkan korang rajin-rajin le singgah sini.. Bulan depan mungkin lagi mantop angkanya.

Keje pakai tie / kasual

on Tuesday, April 21, 2009

Aku sebenarnya tengah kehilangan idea nak tulis kat blog ni..
Tak tau apa yang nak ditulis.. Jadi aku saja je nak tulis pasal pakaian korang masa keje..
Adakah ko keje pakai tie atau t-shirt??
Atau korang dah jadi boss..
Atau ada yang jadi petani /penternak???
Aku rasa mungkin ada pakaian yang disukai..
Korang lebih selesa keje pakai tie atau t-shirt biasa??

MITEC.C persatuan kita

on Wednesday, April 15, 2009

Assalamualaikum semua..

Aku tengah buntu nak tulis artikel untuk rangkaian blog aku ni. Jadi layan kejap kat sini.. Mesti korang semua ingat dengan persatuan MITEC.C ni kan.. Secara amnya aku tak berapa join sgt.. Almaklumlah aku kan 'low profile'..
Tapi baru-baru ni aku terbaca pasal ada satu persatuan UIA yang mana ianya masih berfungsi walaupun pelajar telah cabut dari tempat pembelajaran masing-masing..

Yang bestnya gathering diorang tak buat kat hotel atau resort-resort tapi buat perkhemahan.. Siap ada macam-macam aktiviti kat taman negara.. Tapi rasanya ianya amat mustahil untuk dilaksanakan ..Tapi aku rasa elok kalau ada Alumni untuk MITECC.C .. Kurang-kurang pun kalau ada perhubungan antara pelajar DCS lepasan Jengka..

Hm. rasanya ni cakap kosong je.. Ada tak sesiapa nak tulis artikel kat blog ni?? Beritau aku.. Kadang2 aku pun kering idea lah..

Korang guna ke diploma masa keje??

on Tuesday, April 14, 2009

Assalamualaikum....

Saja je keluarkan topik ni.... Tengah tension dengan macam-macam permasalahan yang bertimpa terutama masalah kewangan..

Okaylah buat apa cerita masalah aku kan.. Buang masa je..






















Aku rasa ramai dari kita yang kejenya tak menggunakan ilmu dalam pengaturcaraan .. AKu sendiri tak pandai lagi nak buat coding.. Walaupun aku salah seorang blogger tapi jarang sekali aku membuat coding.. Cuma kadang-kadang je aku usik-usik coding dalam blog.. Nak buat sistem?? Alamat tujuh malam pun tak siap.. Jadi korang camne??
Mesti ramai yang pandai ngan .Net, PHP, dan apa2 lagi bahasa pengaturcaraanlah..
Baguslah tu... Mana tau kalau2 aku boleh JV ngan korang buat projek-projek sistem..

Sambung belajar

on Tuesday, April 7, 2009

Mungkin ada antara korang yang telahpun memiliki kelayakan melampau dari aku..
Dulu setau aku 'Pak Mat','Botak' dah ada 'master'.. Yang lain tak ketahuan lah plak...



Aku memang ada cita-cita nak sambung belajar. Tapi belum mempunyai kemampuan lagi...
Aku rasa nak belajar dalam bidang yang ada kaitan dengan hidup aku sebagai 'part time blogger'...
Camne ngan korang?? Mesti ada perancangankan. Atau dah malas nak belajar lagi??

Jawatan anda semua?

Assalamualaikum semua..

Agak lama tidak meng'update' blog ini.. Almaklumlah aku sibuk manakala korang semua lagilah teramat sibuk lebih-lebih lagi dalam keadaan pilihanraya.. Eh apa kena mengena plak ek??

Aku rasa nak tau gak jawatan korang.. Aku yakin ramai yang keje mantop2, bergaji tinggi dan ber'kuasa'.. Aku, pen peg teknologi maklumat (F29) je.. Selalu kena perli ngan boss aku... Penah gak kena marah ngan 'Big Boss' masa buat presentation Ahli Lembaga Pengarah..
Biasalah ragam kerjakan...

Amacam keje korang?? Best?? Citer lah sikit.. Aku tengah bosan-bosan ni

Gambar-gambar kat Jengka

on Wednesday, March 4, 2009

Asalamualaikum..

Tengah lepak-lepak semak kat komputer ada gambar lama-lama kat Jengka..
Ini je yang ada.. Kalau korang ada gambar lain jangan malu hantar le kat aku..
mansterx@gmail.com



















Gambar dengan bakal profesor di UM....
























Bersama Cikgu Mat Yus dan bekas Ustaz.. er apa nama dia ek>??


















Zulkiflay ( orang Kedah ), Mat Yush , Shafa , Zool


Ditulis oleh Zool a.k.a tiecho....