Kepada Semua Budak DCS UiTM Jengka

on Tuesday, March 3, 2009

Assalamualaikum semua..

Nampaknya agak merudum sungguh pengunjung di blog ni..
Aku rasa mungkin ramai yang sudah bosan membaca blog ni..
Sebenarnya matlamat blog ni fokusnya pada DCS Jengka 96-99 tapi rasanya elok kalau aku buka pada sesiapa pun yang pernah melangkah kaki ke Jengka dan menjadi ahli MITEC.C

Mungkin juga aku terpaksa bermain dengan keyword, SEO , komentar, forumer untuk mendapatkan sedikit trafik. Almaklumlah mengharapkan rakan-rakan se'batch' sahaja mungkin tiada maklumbalas yang meyakinkan.. Dan sedikit sebanyak akan memberi kekecewaan kerana aku sebenarnya bermatlamat untuk buat domain .org tapi kalau setakat 4-5 orang yang baca apekehalnya..

Apapun aku ucap terima kasih kerana men'support' blog ni.. Dan kalau rajin tu tinggalkan komen tanda 'sayang' pada kenangan lalu.. Orait..
ADIOS.. Arigato koizaimas........

Pengenalan..

on Wednesday, January 7, 2009










Assalamualaikum..




Ini kali pertama aku posting kat blog yang baru aku buat secara sambil lewa..
Aku rasa mungkin ada antara korang semua yang pernah menulis blog..
Dan mungkin ada yang tahu bahawa aku adalah salah seorang penulis blog tegar di alam maya ni.. Jadi selepas mendapat ilham dari member-member sekolah yang membuat blog , aku rasa elok untuk menciplak idea diorang...
Berikut antara sebab-sebab blog ini dijanakan di alam cyber ini..


1. Untuk mengeratkan kembali silaturrahim antara bekas-bekas pelajar Diploma Sains Komputer, UiTM Jengka 96 -99 ( pertimbangan kepada x pelajar batch lain..)

2. Mencari networking.. Kebanyakan dari kita semua bertaburan di sana sini mencari duit.. Jadi tak salah kalau mendapat kembali networking di dalam blog x-manster ni.. Selain tu bagi bisnes2 man mungkin boleh cari peluang..


3. Saja luahkan tension .. Kadang-kadang menulis merupakan tempat yang baik sekali untuk kita lepaskan segala ke'tension'an samada di tempat keje atau di rumah..

4. Mendapatkan maklumat terkini mengenai kengkawan semua..

5. Berkongsi ilmu terbaru.. Tak kiralah mengenai teknologi, isu semasa dan sebagainya..

6. 'Reunion'.. Itupun kalau korang rasa nak buat..

7. Mengingati kenangan lalu... Bolehlah kalau korang nak cerita-ceriti pasal kisah kenangan kat Jengka..


Wah UiTM Pahang ada portal ... Caiyok2

Ditulis oleh :- Zool a.k.a Tiecho ..............