Minggu Haluan Siswa

on Sunday, January 18, 2009

Sambungan episod 1

" Wargh!!..Ngantuknya pagi-pagi pukul 5.30 kena bangun pagi... Hari kedua aku berada di itm Jengka yang sungguh berlainan dari rumah.. Kejap lagi nak kena pegi ke Awis Qarni untuk aktiviti solat Subuh..
Agak takut juga nak menghadapi situasi ni.. Semua orang aku tak kenal ni.. Camne ni.. Sorang budak Melaka pun takde. Takpelah jalan je la.. Memang dalam hati ni ada sikit rasa menyesal sebab menolak permohonan UTM ari tu.. Kalau tak mungkin sekarang aku sedang bersama member sekelas.. Tapi sesal sekarang dah tak guna, aku kena hadapi juga apa yang mendatang sekarang ni..

Kena masuk dalam kumpulan yang terdiri dari budak-budak sesama kursus.. Kursus Diploma Sains Komputer, kursus yang aku tak tau pun camne bentuknya.. Komputer pun pegang berapa kali je.. Boleh ke aku masuk kursus ni?? Entahlah kenapa fikiran aku selalu bersikap camni..

Sambil teringat-teringat cerita lama kat sekolah aku pun masuk ke dalam kumpulan tersebut.. Hm ada dalam 10 orang dalam kumpulan ni. Dan sesi suai kenal pun bermula.. Aku yang memang tak banyak bercakap cuba-cuba gak untuk mengenal mereka yang dalam satu kumpulan..

Ada 3 orang budak Johor, Shahrul , Firus dan Azmi. abang yang agak gempal dari Pahang Z**(tak ingat nama dia..korang ingat tak??), 4 orang dari Kelantan Zahar(nama penuh tak ingat) , Iznam, ... dan ada beberapa orang lagi ( aku tak ingat semua)...

Huh ramainya budak Kelantan.. Ini kali pertama aku bertemu dengan diorang. Memang sedikit kejutan lah pada aku.. Dengan loghat yang berlainan memang menyukarkan untuk aku memahami patah-patah perkataannya,. Tapi ngangguk je lah.. Dan kumpulan pun nak decide ketuanya..Ah lantaklah nak lantik sapa pun jangan ke aku sudahlah.. Aku rasa abang dari Kelantan ni cam ok kalau jadi ketua.. Tak pun budak becok dari Batu Pahat ni... Amat sesuai kot... Bincang punya bincang akhirnya Faizal dari Pahang dilantik jadi ketua kumpulan.. Ah takpelah ...

Hui lambatnya nak abis minggu orientasi ni.. Disiplin tul.. Kena datang awal plak tu.. Roomate aku plak buat hal memasing.. Ye lah diorang group lain, mesti la fikir diri sendiri..

Penat betul hari ni.. Sesi suai kenal , buat nama kumpulan dan logo.. Dan aku jadi sebagai pemenuh kumpulan je lah.. Ha ha haha...

Habis sudah orientasi hari pertama.. Takde apa yang menarik hari ni.. Lepas je abis sesi malam, aku pun terus tidor..."

Ditulis oleh Zool a.k.a Tiecho

Menjejak kaki ke ITM Pahang

on Wednesday, January 14, 2009

Assalamualaikum..
Ini sedikit cerita dari aku..

" Hari ini merupakan antara waktu yang sibuk dan sedikit menakutkan bagimu.. Aku memang terasa sedikit takut.. Sukar untuk aku membayangkan apa yang bakal ku hadapi selepas ini.. Berjauhan dari rumah merupakan perkara yang agak asing bagiku.. Malahan aku tiada rakan-rakan di sana.. Cuma aku mengenali Nizuanuddin (bukan nama sebenar) yang merupakan bekas senior di SMDB dulu..

Perjalanan jauh dengan menaiki van 'Cikgu Latif' (bukan nama sebenar gak) terasa makin menjauh. Malahan Pak Ngah yang menjadi jurupandu arah juga seperti confuse dengan jalan ke sini.. Setelah sesat seketika akhirnya aku sampai ke Institut Teknologi Mara, Jengka , Pahang.

Jauh sungguh .. Naik kematu punggung aku.. Tapi hati masih berdebar-debar.. Dalam hati terasa macam nak balik.. Rasa menyesal memilih course ini mula terbuku dalam hati.. Tapi aku bukan kecil lagi.. Aku perlu teruskan jua perjuagan walau apa jua rintangan..

Selepas selesai mendaftar aku terus ditempatkan di bilik ....( tak ingat no bilik, dah tua mana nak ingat). Ketiga-tiga orang bukan sama kursus dengan aku.. SOrang Diploma In Science, Diploma in Accountant dan Pra-Accountant.. Aku ditempatkan dengan diorang untuk sementara waktu dalam tempoh orientasi..

Hm.. mak ngan bapak dah pun pulang.. Sekarang ni aku cuma mengemaskan pakaian dan peralatan. Sambil-sambil tu aku pun berkenalan sedikit lebih kurang dengan budak sebilik ni.. Tak tau le samada aku dapat berkomunikasi dengan mereka atau tidak...

.......................... bersambung

"

Oleh Zool a.k.a Tiecho