Pengenalan..

on Wednesday, January 7, 2009










Assalamualaikum..




Ini kali pertama aku posting kat blog yang baru aku buat secara sambil lewa..
Aku rasa mungkin ada antara korang semua yang pernah menulis blog..
Dan mungkin ada yang tahu bahawa aku adalah salah seorang penulis blog tegar di alam maya ni.. Jadi selepas mendapat ilham dari member-member sekolah yang membuat blog , aku rasa elok untuk menciplak idea diorang...
Berikut antara sebab-sebab blog ini dijanakan di alam cyber ini..


1. Untuk mengeratkan kembali silaturrahim antara bekas-bekas pelajar Diploma Sains Komputer, UiTM Jengka 96 -99 ( pertimbangan kepada x pelajar batch lain..)

2. Mencari networking.. Kebanyakan dari kita semua bertaburan di sana sini mencari duit.. Jadi tak salah kalau mendapat kembali networking di dalam blog x-manster ni.. Selain tu bagi bisnes2 man mungkin boleh cari peluang..


3. Saja luahkan tension .. Kadang-kadang menulis merupakan tempat yang baik sekali untuk kita lepaskan segala ke'tension'an samada di tempat keje atau di rumah..

4. Mendapatkan maklumat terkini mengenai kengkawan semua..

5. Berkongsi ilmu terbaru.. Tak kiralah mengenai teknologi, isu semasa dan sebagainya..

6. 'Reunion'.. Itupun kalau korang rasa nak buat..

7. Mengingati kenangan lalu... Bolehlah kalau korang nak cerita-ceriti pasal kisah kenangan kat Jengka..


Wah UiTM Pahang ada portal ... Caiyok2

Ditulis oleh :- Zool a.k.a Tiecho ..............

1 comments:

Anonymous said...

bagus2..usaha murni..

Post a Comment