Menjejak kaki ke ITM Pahang

on Wednesday, January 14, 2009

Assalamualaikum..
Ini sedikit cerita dari aku..

" Hari ini merupakan antara waktu yang sibuk dan sedikit menakutkan bagimu.. Aku memang terasa sedikit takut.. Sukar untuk aku membayangkan apa yang bakal ku hadapi selepas ini.. Berjauhan dari rumah merupakan perkara yang agak asing bagiku.. Malahan aku tiada rakan-rakan di sana.. Cuma aku mengenali Nizuanuddin (bukan nama sebenar) yang merupakan bekas senior di SMDB dulu..

Perjalanan jauh dengan menaiki van 'Cikgu Latif' (bukan nama sebenar gak) terasa makin menjauh. Malahan Pak Ngah yang menjadi jurupandu arah juga seperti confuse dengan jalan ke sini.. Setelah sesat seketika akhirnya aku sampai ke Institut Teknologi Mara, Jengka , Pahang.

Jauh sungguh .. Naik kematu punggung aku.. Tapi hati masih berdebar-debar.. Dalam hati terasa macam nak balik.. Rasa menyesal memilih course ini mula terbuku dalam hati.. Tapi aku bukan kecil lagi.. Aku perlu teruskan jua perjuagan walau apa jua rintangan..

Selepas selesai mendaftar aku terus ditempatkan di bilik ....( tak ingat no bilik, dah tua mana nak ingat). Ketiga-tiga orang bukan sama kursus dengan aku.. SOrang Diploma In Science, Diploma in Accountant dan Pra-Accountant.. Aku ditempatkan dengan diorang untuk sementara waktu dalam tempoh orientasi..

Hm.. mak ngan bapak dah pun pulang.. Sekarang ni aku cuma mengemaskan pakaian dan peralatan. Sambil-sambil tu aku pun berkenalan sedikit lebih kurang dengan budak sebilik ni.. Tak tau le samada aku dapat berkomunikasi dengan mereka atau tidak...

.......................... bersambung

"

Oleh Zool a.k.a Tiecho

8 comments:

Anonymous said...

salam, KO, kau masuk UiTM part berapa? sempat kau orientasi yer, aku masuk Uitm dah tak ada part langsung, dalam surat tawaran tue, di tulis " Tarikh daftar: Secepat mungkin" ingatkan nak daftar awal, jiran sebelah rumah nie kerja UiTM, so dia cakap ngan bapak aku, baik daftar lambat2 coz tak yah orientasi, memula rasa ok jugak. tapi bila dah masuk UiTM rasa kesal jugak coz, bila tak masuk orientasi kita tak kenal ramai orang, so kalau nak kenal ramai orang kena daftar awal, untuk pengetahuan korang aku dulu masuk satu batch ngan andak, korang kenal kan andak D'Romeo tue.

mamad77

Anonymous said...

Sempatlah aku berorientasi ngan Firus, S.Azmi..
Huhuhuhuhuhu.. Kena Haluan SIswa.. Nanti aku sambung citer..

Anonymous said...

masa part1, paling aku ingat hujung minggu bangun t/hari, pastu kejut mat pi (bkn nama sebenar) gi makan kat gerai makcik otot

Anonymous said...

eh.. apa plak part1, part2 tu le... gua silp la... masa part1 selalu tgk 'makhluk berbungkus' kat katil bwh... ko tahu siapa makhluk tu tiecho..?

Anonymous said...

Anonymous --> Aiyok apsal tak beritau nama. Takkan takut kot..
Part 1 ke part 2?? Setau aku masa part 1 aku sebilik ngan mat yus (bkn nama sebenar),Din( nama penuh tak ingat), shafa(mungkin nama sebenar)..n rasa masa part 1 makcik otot takde gerai lagi.. dia meniaga kat umah.. sebelah sinki n dekat ngan bilik aku.. Betul tak Cikgu ?

Anonymous said...

rilekla beb.. takkan cite psl makcik otot je. ape kabola agaknya makcik otot sekang ni. pengalaman yg X mungkin dpt ku lupakan. jengka oh jengka!

Anonymous said...

Hahaha... makcik otot ku...

Anonymous said...

Heheh... Tu semua kenangan part 1 dan part 2. Sebab tu bangun sampai tghari.. Cube part 3 n part 4. Sanggup tak tido... Sebab layan CM2. Heheh.. (betul tak mat yush, pin2 and andak).. CM2 beb.... Game paling hot masa tuh...

Post a Comment