Assalamualaikum semua..
Aku tak taule kalau ada yang masih lagi baca blog ni sebab aku pun dah tak sentuh lagi..
AKu minta maaf sebab rasanya ia akan terbengkalai lebih lama lagi sebab aku tak dpt sokongan penuh dari anda semua... Lagipun blog ni takde nilai komersial dan aku tak boleh nak ke sini selalu.. Tapi aku tak lupa kat UiTM dan meneruskan dengan bloggeruitm yang mungkin ada lebih sikit nilainya..
Apa2 pun aku ada kat facebook dan masih lagi dengan blog ligakampung.com.. ADIOS.. Selamat Hari Raya
Aku baru perasan.. Tu pun lepas si Maya beritau nak buat reunion..
Kejap je ek.. Ingat lagi masa mula-mula menjejak kaki kat Jengka sana.. Masa tu langsung tak tau apa yang ada kat Jengka.. Begitulah pantasnya masa berlalu..
Sekarang masing-masing telah membawa haluan sendiri..
p/s :- Kadang-kadang aku blur nak tulis dalam blog ni... Kalau korang ada apa-apa nak tulis emel je kat aku...
Labels: sepuluh tahun
Lama sungguh aku tak menjengah blog ni..
Rasanya dah berhabuk sungguh.. Aku pun tak tau ada orang ingat lagi tak blog ni..
Tapi takpe.. jap lagi aku letak kat facebook.. harap2 diorang singgah jap..
Aku rasa ramai dari kita dah tak berapa kontek antara satu sama lain..
Biasalah kan lepas habis belajar masing-masing mempunyai jalan hidup sendiri..
Jadi bertaburanlah masing-masing di pelusuk dunia..
Membina hidup yang lebih baik .. Sebenarnya aku terpk nak tulis pasal ni sebab baru-baru ni ada kawan aku yang sedang tunggu call dari salah seorang kawan belajonya. Dia beritau yang kebiasaannya kawannya akan call dia sekurang2nya setahun sekali.. Bila aku tenung balik masa lampau memang tak ramai kawan x-manster yang aku ada contactnya.. Antara yang aku ada ialah :-
1. En Shahrul Azmi bin Tokimin - Siapa tak kenal dia.. Seorang yang mempunyai suara yang lantang.. Mampu mengalahkan nyanyian Tomok... Aku ingat nanti dia datang Melaka nak ajak dia layan K-Box kat Melaka Mall lah,. ha ha hah..
2. En Syed Mohd Firus bin Syed Abd Aziz (er.. ada Mohd tak??? aku pun dah lupa).. - Dia ni selalu gak kontek aku terutamanya tentang update hal-hal Arsenal... Go go Gooners..
3. Cikgu Yusmarulnizam bin Yusof - Roommate aku yang paling lama.. Start dari part 1, part3, part4 n part 5. Lepaih tu sambung kat Shah Alam pun sama rumah.. Tapi walaupun lama secara jujurnya aku tak berapa rapat sangat ngan dia.. Lagipun dia fanatician Red Devils... Huhuhuhuhuhuhuhuh..
4. Mohamad bin Aris - Rakan sejawat.. Cuma di kawasan berbeza.. Dia di Selangor aku di Melaka.. Aku terkontek balik pun sebab jumpa masa meeting kat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan... Hm.. dah confirm ke Mad???
5. Norhuda bt Mohamed - er betul ke ha?? Sebenarnya aku tak penah langsung pun bertegur sapa ngan dia masa belajo dulu.. Tapi ntah camne boleh terjumpa kat netlog.com .. Dah tu dia ni selalu gak ada kat gmail (chat) a.k.a gtalk... Jadi kadang-kadang selalu berchating hal dunia.. huhuhuhuhuhuhuhuhu..
6. Razidi -- Dia ni bukan batch aku.. Batch Zaini n Rajib, kalau tak silap aku la..Dia ni satu banggunan ngan aku.. Dekat Bahagian Pusat Sumber Jabatan Ketua Menteri.. Minggu ni dia bercuti sebab baru kawin... Dia sekarang pandai main DSLR wooo...
Aku rasa tu je la kot bebudak x-manster yang aku ada no phone nya.. Yang lain tu takde.. ntahlah samada aku bukan kawan yang baik atau mungkin aku tak penting untuk korang semua.. Apahal pun selamat maju jaya
Labels: kawan lama, no contact budak2
Asalamualaikum..
AKu nak beri sikit pertanyaan ..
Adakah masa korang masa muda2 dulu memang bercita-cita nak belajar tentang komputer ni?? Sebab tu korang pilih CS10 sebagai course utama korang? Macam aku dulunya aku bukanlah minat sgt pasal komputer ni.. Kononnya ingat nak masuk bidang jurutera awam tapi tak de rezeki terlompat kat Jengka tu. Itu pun selepas di suggest oleh sedara mara. Jadi korang punya pendapat apa??
Labels: blog Jengka
AKu baru baca post dari SHita mengenai kenangan ko-ko (ye ker?? dipangil ko-ko?) beliau kat Jengka sebagai Kesatria
Cerita lagi pasal ADASI, ingat lagi kelas selaluj je tangguh. Masa tu aku ngan Shahrul Azmi (a.k.a Pin-2) ngan Mat Yus layan ADASI.. Disebabkan oleh keskemaan aku masa tu, memang tak penah ponteng. Teringat ada satu waktu tu penah menjadi tukang minta derma masa ada ceramah kat pusat bandar Jengka.. SIot je.. Tak pasal-pasal kena. Lepas tu mulalah melarikan diri dari aktiviti ADASI. ha ha ha..
chow dulu. Aku nak update blog dulu.
Labels: Ko kurikulum, UiTM Jengka Pahang
Aku sebenarnya baru je mingu ni aktif dalam facebook.. Sekali aku nampak ramai memember kita yang join kat situ..
Jadi aku rasa elok kalau korang tingalkan url facebook korang kat sini.. Amacam ?? Ada berani...
jadi masing2 blh add,,
ni aku punya
http://www.facebook.com/people/Zool-Ligakampung/670935826
Labels: facebook
Assalamualaikum semua..
Aku rasa mesti ada dari antara korang semua yang pandai hal-hal website ni..
Aku sekarang baru nak buat website untuk Jabatan.. Member blogger aku cadangkan menggunakan CMS joomla..
Jadi ada sesiapa yang pandai-pandai tu.. Boleh tak bantu aku sikit.. Dapatkan template pun jadilah...
Sapa tolong boleh aku belanja. TU pun kalau korang datang Melaka lah..