Terbengkalai

on Thursday, September 24, 2009

Assalamualaikum semua..
Aku tak taule kalau ada yang masih lagi baca blog ni sebab aku pun dah tak sentuh lagi..
AKu minta maaf sebab rasanya ia akan terbengkalai lebih lama lagi sebab aku tak dpt sokongan penuh dari anda semua... Lagipun blog ni takde nilai komersial dan aku tak boleh nak ke sini selalu.. Tapi aku tak lupa kat UiTM dan meneruskan dengan bloggeruitm yang mungkin ada lebih sikit nilainya..
Apa2 pun aku ada kat facebook dan masih lagi dengan blog ligakampung.com.. ADIOS.. Selamat Hari Raya

Dah sepuluh tahun rupanya

on Tuesday, June 16, 2009

Aku baru perasan.. Tu pun lepas si Maya beritau nak buat reunion..

Kejap je ek.. Ingat lagi masa mula-mula menjejak kaki kat Jengka sana.. Masa tu langsung tak tau apa yang ada kat Jengka.. Begitulah pantasnya masa berlalu..
Sekarang masing-masing telah membawa haluan sendiri..


p/s :- Kadang-kadang aku blur nak tulis dalam blog ni... Kalau korang ada apa-apa nak tulis emel je kat aku...

Kawan-kawan yang masih contact

on Wednesday, June 10, 2009

Lama sungguh aku tak menjengah blog ni..
Rasanya dah berhabuk sungguh.. Aku pun tak tau ada orang ingat lagi tak blog ni..
Tapi takpe.. jap lagi aku letak kat facebook.. harap2 diorang singgah jap..
Aku rasa ramai dari kita dah tak berapa kontek antara satu sama lain..
Biasalah kan lepas habis belajar masing-masing mempunyai jalan hidup sendiri..
Jadi bertaburanlah masing-masing di pelusuk dunia..
Membina hidup yang lebih baik .. Sebenarnya aku terpk nak tulis pasal ni sebab baru-baru ni ada kawan aku yang sedang tunggu call dari salah seorang kawan belajonya. Dia beritau yang kebiasaannya kawannya akan call dia sekurang2nya setahun sekali.. Bila aku tenung balik masa lampau memang tak ramai kawan x-manster yang aku ada contactnya.. Antara yang aku ada ialah :-



1. En Shahrul Azmi bin Tokimin - Siapa tak kenal dia.. Seorang yang mempunyai suara yang lantang.. Mampu mengalahkan nyanyian Tomok... Aku ingat nanti dia datang Melaka nak ajak dia layan K-Box kat Melaka Mall lah,. ha ha hah..
2. En Syed Mohd Firus bin Syed Abd Aziz (er.. ada Mohd tak??? aku pun dah lupa).. - Dia ni selalu gak kontek aku terutamanya tentang update hal-hal Arsenal... Go go Gooners..
3. Cikgu Yusmarulnizam bin Yusof - Roommate aku yang paling lama.. Start dari part 1, part3, part4 n part 5. Lepaih tu sambung kat Shah Alam pun sama rumah.. Tapi walaupun lama secara jujurnya aku tak berapa rapat sangat ngan dia.. Lagipun dia fanatician Red Devils... Huhuhuhuhuhuhuhuh..
4. Mohamad bin Aris - Rakan sejawat.. Cuma di kawasan berbeza.. Dia di Selangor aku di Melaka.. Aku terkontek balik pun sebab jumpa masa meeting kat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan... Hm.. dah confirm ke Mad???
5. Norhuda bt Mohamed - er betul ke ha?? Sebenarnya aku tak penah langsung pun bertegur sapa ngan dia masa belajo dulu.. Tapi ntah camne boleh terjumpa kat netlog.com .. Dah tu dia ni selalu gak ada kat gmail (chat) a.k.a gtalk... Jadi kadang-kadang selalu berchating hal dunia.. huhuhuhuhuhuhuhuhu..
6. Razidi -- Dia ni bukan batch aku.. Batch Zaini n Rajib, kalau tak silap aku la..Dia ni satu banggunan ngan aku.. Dekat Bahagian Pusat Sumber Jabatan Ketua Menteri.. Minggu ni dia bercuti sebab baru kawin... Dia sekarang pandai main DSLR wooo...



Aku rasa tu je la kot bebudak x-manster yang aku ada no phone nya.. Yang lain tu takde.. ntahlah samada aku bukan kawan yang baik atau mungkin aku tak penting untuk korang semua.. Apahal pun selamat maju jaya

Kenapa korang masuk itm Jengka?

on Tuesday, May 26, 2009

Asalamualaikum..
AKu nak beri sikit pertanyaan ..
Adakah masa korang masa muda2 dulu memang bercita-cita nak belajar tentang komputer ni?? Sebab tu korang pilih CS10 sebagai course utama korang? Macam aku dulunya aku bukanlah minat sgt pasal komputer ni.. Kononnya ingat nak masuk bidang jurutera awam tapi tak de rezeki terlompat kat Jengka tu. Itu pun selepas di suggest oleh sedara mara. Jadi korang punya pendapat apa??

KO-ko masa kat Jengka

on Saturday, May 9, 2009

AKu baru baca post dari SHita mengenai kenangan ko-ko (ye ker?? dipangil ko-ko?) beliau kat Jengka sebagai Kesatria Baja Hitam.. Aku dulu masuk Ko-ko ADASI.. Ye la aku ni bukan rajin ngan aktiviti lasak2 sgt .. Kalau nak cerita pasal kelab ni pernahlah aku dilantik sebagai Biro Penerbitan ADASI tapi haram jadah tak berguna satu sen pun. Satu je keje aku penah buat.. Sampai senior-senior ADASI penah gak kaunseling aku. Tapi biasa masuk telinga kiri dan kanan.. AKu tetap tak menulis gak.. Mungkin zaman tu takde blog. Kalau ada mungkin tadahal punya. Tiap-tiap ari aku boleh menulis.. HUhuhuhuh.

Cerita lagi pasal ADASI, ingat lagi kelas selaluj je tangguh. Masa tu aku ngan Shahrul Azmi (a.k.a Pin-2) ngan Mat Yus layan ADASI.. Disebabkan oleh keskemaan aku masa tu, memang tak penah ponteng. Teringat ada satu waktu tu penah menjadi tukang minta derma masa ada ceramah kat pusat bandar Jengka.. SIot je.. Tak pasal-pasal kena. Lepas tu mulalah melarikan diri dari aktiviti ADASI. ha ha ha..

chow dulu. Aku nak update blog dulu.

Akaun Facebook

Aku sebenarnya baru je mingu ni aktif dalam facebook.. Sekali aku nampak ramai memember kita yang join kat situ..
Jadi aku rasa elok kalau korang tingalkan url facebook korang kat sini.. Amacam ?? Ada berani...
jadi masing2 blh add,,

ni aku punya
http://www.facebook.com/people/Zool-Ligakampung/670935826

Siapa pandai Joomla

on Wednesday, April 29, 2009

Assalamualaikum semua..

Aku rasa mesti ada dari antara korang semua yang pandai hal-hal website ni..
Aku sekarang baru nak buat website untuk Jabatan.. Member blogger aku cadangkan menggunakan CMS joomla..

Jadi ada sesiapa yang pandai-pandai tu.. Boleh tak bantu aku sikit.. Dapatkan template pun jadilah...

Sapa tolong boleh aku belanja. TU pun kalau korang datang Melaka lah..

Kesibukan blog X-manster

on Sunday, April 26, 2009

Assalamualaikum semua..
Aku takde mende nak tulis tapi nak cerita statistik blog ni ..
Kalau korang ada blog boleh bagi url dia. Sebab aku rancang nak buat satu blog khas untuk blogger dari UiTM.. Aku tengah pikir nak pakai aggregator apa ni.. Nanti kita tengok camne..












Pengunjung ada 700 lebih...

Ini statistik pengunjung blog ini untuk tempoh 26hb Mac hingga 26 April 09..


Ini pula stat dari alexa.. Menunjukkan bahawa blog ini yang ke 15 juta lebih website sibuk di dunia. Jadi aku harapkan korang rajin-rajin le singgah sini.. Bulan depan mungkin lagi mantop angkanya.

Keje pakai tie / kasual

on Tuesday, April 21, 2009

Aku sebenarnya tengah kehilangan idea nak tulis kat blog ni..
Tak tau apa yang nak ditulis.. Jadi aku saja je nak tulis pasal pakaian korang masa keje..
Adakah ko keje pakai tie atau t-shirt??
Atau korang dah jadi boss..
Atau ada yang jadi petani /penternak???
Aku rasa mungkin ada pakaian yang disukai..
Korang lebih selesa keje pakai tie atau t-shirt biasa??

MITEC.C persatuan kita

on Wednesday, April 15, 2009

Assalamualaikum semua..

Aku tengah buntu nak tulis artikel untuk rangkaian blog aku ni. Jadi layan kejap kat sini.. Mesti korang semua ingat dengan persatuan MITEC.C ni kan.. Secara amnya aku tak berapa join sgt.. Almaklumlah aku kan 'low profile'..
Tapi baru-baru ni aku terbaca pasal ada satu persatuan UIA yang mana ianya masih berfungsi walaupun pelajar telah cabut dari tempat pembelajaran masing-masing..

Yang bestnya gathering diorang tak buat kat hotel atau resort-resort tapi buat perkhemahan.. Siap ada macam-macam aktiviti kat taman negara.. Tapi rasanya ianya amat mustahil untuk dilaksanakan ..Tapi aku rasa elok kalau ada Alumni untuk MITECC.C .. Kurang-kurang pun kalau ada perhubungan antara pelajar DCS lepasan Jengka..

Hm. rasanya ni cakap kosong je.. Ada tak sesiapa nak tulis artikel kat blog ni?? Beritau aku.. Kadang2 aku pun kering idea lah..

Korang guna ke diploma masa keje??

on Tuesday, April 14, 2009

Assalamualaikum....

Saja je keluarkan topik ni.... Tengah tension dengan macam-macam permasalahan yang bertimpa terutama masalah kewangan..

Okaylah buat apa cerita masalah aku kan.. Buang masa je..






















Aku rasa ramai dari kita yang kejenya tak menggunakan ilmu dalam pengaturcaraan .. AKu sendiri tak pandai lagi nak buat coding.. Walaupun aku salah seorang blogger tapi jarang sekali aku membuat coding.. Cuma kadang-kadang je aku usik-usik coding dalam blog.. Nak buat sistem?? Alamat tujuh malam pun tak siap.. Jadi korang camne??
Mesti ramai yang pandai ngan .Net, PHP, dan apa2 lagi bahasa pengaturcaraanlah..
Baguslah tu... Mana tau kalau2 aku boleh JV ngan korang buat projek-projek sistem..

Sambung belajar

on Tuesday, April 7, 2009

Mungkin ada antara korang yang telahpun memiliki kelayakan melampau dari aku..
Dulu setau aku 'Pak Mat','Botak' dah ada 'master'.. Yang lain tak ketahuan lah plak...



Aku memang ada cita-cita nak sambung belajar. Tapi belum mempunyai kemampuan lagi...
Aku rasa nak belajar dalam bidang yang ada kaitan dengan hidup aku sebagai 'part time blogger'...
Camne ngan korang?? Mesti ada perancangankan. Atau dah malas nak belajar lagi??

Jawatan anda semua?

Assalamualaikum semua..

Agak lama tidak meng'update' blog ini.. Almaklumlah aku sibuk manakala korang semua lagilah teramat sibuk lebih-lebih lagi dalam keadaan pilihanraya.. Eh apa kena mengena plak ek??

Aku rasa nak tau gak jawatan korang.. Aku yakin ramai yang keje mantop2, bergaji tinggi dan ber'kuasa'.. Aku, pen peg teknologi maklumat (F29) je.. Selalu kena perli ngan boss aku... Penah gak kena marah ngan 'Big Boss' masa buat presentation Ahli Lembaga Pengarah..
Biasalah ragam kerjakan...

Amacam keje korang?? Best?? Citer lah sikit.. Aku tengah bosan-bosan ni

Gambar-gambar kat Jengka

on Wednesday, March 4, 2009

Asalamualaikum..

Tengah lepak-lepak semak kat komputer ada gambar lama-lama kat Jengka..
Ini je yang ada.. Kalau korang ada gambar lain jangan malu hantar le kat aku..
mansterx@gmail.com



















Gambar dengan bakal profesor di UM....
























Bersama Cikgu Mat Yus dan bekas Ustaz.. er apa nama dia ek>??


















Zulkiflay ( orang Kedah ), Mat Yush , Shafa , Zool


Ditulis oleh Zool a.k.a tiecho....

Cerita gosip di Jengka

Asalamualaikum semua..
Harap korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan rajin melakukan kunjung hormat ke blog ini. Ye la nak harap korang singgah ke rumah cacing aku memang la susah.. Jadi kalau korang singgah ke sini syukur alhamdulillah..

Ok aku ada chating ngan Huda (PTM MARA) dan meminta pendapat tentang kelesuan blog ini.. Dan salah satu cadangannya ialah cerita kembali tentang gosip-gosip lama di Jengka.. Aku sebenarnya bukan tau sangat pasal hal-hal gosip kat Jengka tu.. Almaklumlah aku kan low profile jadi memang tak tau sangat perihal gosip ni. Tapi mungkin korang ada cerita kot...

AMacam?? Takkan senyap je.. Shahrul Azmi, Pirus, Shafiq, Awie .. Mungkin korang ada lebih banyak cerita kot..

Kepada Semua Budak DCS UiTM Jengka

on Tuesday, March 3, 2009

Assalamualaikum semua..

Nampaknya agak merudum sungguh pengunjung di blog ni..
Aku rasa mungkin ramai yang sudah bosan membaca blog ni..
Sebenarnya matlamat blog ni fokusnya pada DCS Jengka 96-99 tapi rasanya elok kalau aku buka pada sesiapa pun yang pernah melangkah kaki ke Jengka dan menjadi ahli MITEC.C

Mungkin juga aku terpaksa bermain dengan keyword, SEO , komentar, forumer untuk mendapatkan sedikit trafik. Almaklumlah mengharapkan rakan-rakan se'batch' sahaja mungkin tiada maklumbalas yang meyakinkan.. Dan sedikit sebanyak akan memberi kekecewaan kerana aku sebenarnya bermatlamat untuk buat domain .org tapi kalau setakat 4-5 orang yang baca apekehalnya..

Apapun aku ucap terima kasih kerana men'support' blog ni.. Dan kalau rajin tu tinggalkan komen tanda 'sayang' pada kenangan lalu.. Orait..
ADIOS.. Arigato koizaimas........

Logo X-manster

on Monday, February 23, 2009

Assalamualaikum semua..
Harap korang semua berada dalam gembira..
Melayari hidup-hidup dengan penuh keceriaan disamping yang tersayang..

Sekali aku melalut plak..
Aku rasa dalam ramai-ramai dari kita ni mesti pandai dalam rekabentuk .. Jadi aku harap kalau ada antara korang menyumbang logo-logo yang boleh aku letakkan dalam blog ini..

Amacam ???

Reunion, mampukah??

on Monday, February 9, 2009

Assalamualaikum semua..

Entah kenapa aku tetiba nak tulis pasal Reunion.. Secara jujurnya aku rasakan ianya agak mustahil untuk kalian semua...
Almaklumlah semuanya sudah ada komitmen sendiri...
Walaubagaimanapun aku ada terfikir untuk menghasilkan sesuatu.. Mungkin benda yang boleh memberi ingatan kembali seperti cenderahati dan sebagainya.. Namun ianya bergantung kepada sejauh mana ke'ramai'an di sini....
Setakat ini boleh dikatakan amat kecil sekali.. Jadi kalau nak buat apa-apa pun amat mustahil...

Ker.. korang ada pendapat??>???

Perkembangan terkini

on Sunday, February 1, 2009

Assalamualaikum..
Untuk entri hari ni aku nak minta kawan-kawan memperkenalkan diri..
Sebab aku tengok kat shoutmix ada beberapa individu yang aku tak ingat..
Aku sendiri pun mesti ramai dari korang yang tak kenal... Almaklumlah seperti kata Huda ' Lelaki Misteri'.

Awie ( bukan Awie Wings), mencadangkan

"aku cadangkan ko buat 1 topik mengenai perkembangan terkini semua..termasuk status kawin, kerja,anak berapa,no telepon & alamat terkini.."


Jadi korang bolehlah tulis perkembangan diri korang kat ruangan komen.. Ceritalah kejayaan korang... Samada korang dah jadi jutawan, pegawai tinggi, programmer hebat,bakal Ketua Pemuda,bisnesman, selebriti dan sebagainya...

Apa lagi cerita lah kat ruangan komen..



Ditulis oleh Zool a.k.a Tiecho

Kali terakhir singgah ke Jengka

on Saturday, January 24, 2009

Assalamualaikum semua..

Aku dah nampak ada beberapa individu telah mula mengikuti perkembangan blog ni.. Tq lah kerana ada support... Aku pun sebenarnya ambil masa gak.. Kang aku tulis banyak-banyak yang membacanya aku sorang... Angin je rasa..

Pusing balik ke tahun-tahun masa kita kat Jengka.. Boleh ke korang refresh ingatan balik kali terakhir ko menjejak kaki ke Jengka??

Seingat aku kali terakhir aku ke sana masa ' Amir' eksiden dan aku, Pirus, Botak n Bola gi melawat dia.. Siap merempat satu ari kat sana.. Secara haram.. Huhuhuhuhuhu...

Korang plak camner??

Ditulis oleh ZOol a.k.a Tiecho